Selasa, 10 Mei 2011

BEKAS KAKITANGAN KEMAS MENDERITA

Lebih satu ribu bekas penjawat awam KEMAS hidup menderita selepas bersara.di sebabkan mereka kakitangan yang bertaraf kontrek,bila dah bersara tak ada wang pencen.yang menyedihkan mereka yang masih lagi menanggung persekolahan anak2.dengan mengharapkan wang simpanan pekerja berapa sangat lah yang dapat,ada yang nak menyiapkan rumah,ada yang nak menunaikan haji dan ada yang menyelesaikan hutang kereta.anak dua tiga orang masih belajar,jadi dengan tulang empat kerat ,dengan tenaga yang dah berkurangan terpaksa memerah keringat berhempas pulas mencari wang,terpaksa menjadi buruh kontrek pembinaan sebagai kuli,sunggguh menyedihkan ,dah jadi warga emas terpaksa kerja berat lagi.
Apa kah kerajaan tak prihatin terhadap mereka2 ini.apakah kerajaan tak menghargai jasa2 mereka ,kasihani lah mereka2 ini,simpati lah nasib mereka2 ini.bantulah mereka2 ini.mereka ini perlukan pembelaan dari kerajaan.mereka2 ini lah yang bertungkus lumus mempertahankan kerajaan hari ini.hargailah jasa2 mereka,mudahan2 menjelang pilihanraya nanti semangat mereka kembali ke asal.

Isnin, 9 Mei 2011

GULA NAIK LAGI

Miskin sangat ka kerajaan.kaya sangat ka rakyat.hari ini harga gula di naikkan lagi.belas rasa hati bila dengar berita harga gula di naikkan.di manakah slogan rakyat di dahulukan.memang rakyat di dahulukan dengan memerah duit hasil titik peluh rakyat.hari ini harga gula naik,esok lusa macam2 barang lagi akan naik.sungguh menyedihkan bagi kami orang kampung,dah lah miskin uzur pula tak larat nak kerja,mana nak menampung belanja harian dan persekolahan anak.bagi kami orang kampung amat lah zalim kerajaan buat macamni. memang orang kerajaan tak tahu bagaimana menderita nya kehidupan kami orang kampung.demo orang cukup bulan ambil gaji, cukup tahun gaji di tambah,bentang bajet dapat bonus.tapi kami orang kampung apa yang dapat.cukup bulan membayar gaji,cukup tahun berhutang ceti,bentang belanjawan barang apa akan naik lagi.
Kalau lah keadaan sebegini berterusan Malaysia akan jadi negara terkaya di dunia dan mempunyai rakyat miskin paling ramai di dunia.Wahai kerajaan ,kasihani lah kami orang kampung,kami rakyat malaysia juga.jangan menambah beban penanggungan kami.cukup lah penderitaan kami selama ini.

Ahad, 8 Mei 2011

UMNO KOK LANAS

Pilihanraya umum tak lama lagi akan berlangsung.pas telah menggerakkan jentera nya sebagai persiapan menghadapi pilihanraya nanti.ceramah tiap malam,mengadakan program pemimpin bersama rakyat,dan macam2 program pas telah laksanakan.Bagaimana dengan umno?.nak tengok batang hidung tok wakil pun tak dapat,apa tah lagi nak mendekati dan bersama rakyat.ingat rakyat ni buta ka.kalau macamni alamat umno kok lanas akan berkubur pada pilihanraya nanti.jangan dah sampai kat halkum baru nak mintak tolong dengan rakyat.rakyat tak sebodoh itu la sekarang, rakyat sudah pandai menilai.tak semesti yang begelar dato' saja boleh jadi wakil rakyat.ingat! rakyat yang menentukan kemenangan.sesal kemudian tak ada guna nya.

PARTI DATO' ZAID IBRAHIM

Sejak menyertai parti baru dato' zaid tak ada kabar berita.saya tertunggu2 dan nak tahu apa perjuangan parti baru dato zaid,sekira nya perjuangan parti itu selari dengan selera saya saya berminat juga untuk ikut sama.
saya sudah bosan dengan pas,dengan pkr dan dengan umno.harap2 dato zaid dapat memperjuangkan nasib orang melayu.